PROFILE SEKOLAH

Foto Saya
SANDAKAN, SABAH, Malaysia
PETI SURAT 269, 90703

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

Sekolah ini berhasrat untuk menjadi sekolah TERBAIK selaras dengan cogan kata “UP-UP LOU YUK” dan “GET AHEAD and “STAY AHEAD”.

MISI

Kami berhasrat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang AKADEMIK, SUKAN, KURIKULUM, KELAKUAN dan KEPIMPINAN untuk merealisasikan Matlamat sekolah.


SEJARAH SEKOLAH

Sejarah SJK(C) Lok Yuk diasaskan oleh seorang pendukung pendidik yang giat bernama Chen Kin Min. Pada tahun 1935, beliau telah menubuhkan Jawatan Kuasa Lembaga Sekolah Sesi pertama. Kelas terpaksa dihentikan pada tahun 1942 ketika penyerangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1947, kelas dibuka semula dan Jawatan kuasa Lembaga sekolah dibentuk semula oleh Pengerusi Lembaga iaitu Chong Piang Siew dengan bantuan Chin Siew Kuan, seorang peniaga yang giat(nama syarikatnya Mao Sin Long)

Pada tahun 1965, ahli lembaga sekolah memohon tanah dari kerajaan untuk mendirikan bangunan baru khas untuk pengajaran pembelajaran

Pada tahun 1975, murid menghadiri kelas di bilik darjah baru. Pihak sekolah telah mengubah nama sekolah sebagai ”SJK© LOK YUK “ seperti mana yang telah diarahkan oleh Jabatan Pendidikan pada tahun 1977.

Pada tahun 1990, Datuk Lau Pui Keong selaku pengerusi Lembaga Sekolah telah memohon sebanyak RM 150 ribu dari pihak kerajaan untuk pembiayaan projek pembinaan dewan sekolah. Pembiayaan untuk projek tersebut diluluskan pada awal bulan Mac 1990. Projek pembinaan ditandatangani pada bulan Januari 1990 dan disiapkan pada awal bulan Januari 1991.

Dewan ini berfungsi sebagai tempat untuk perhimpunan dan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan permainan.

Kelas komputer dimulakan pada 24 Jun 1990 hingga kini. Bangunan serba guna dibina pada tahun 2004 dan projek pembinaan ini hampir selesai.

_____________________________________________________________________


ANUGERAH KECEMERLANGANG MURID

PERTANDINGAN SYARAHAN B.CINA

PENYAMPAIAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN ( KWAMP)

GURU DAN STAF 2009

Isnin, 31 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMANDAN

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM